Google

27 Mar 2007

Blog, blogger dan blogging?

Sebelum kita pergi jauh ke dalam dunia blog, takrifan blog, blogger dan blogging perlulah difahami terlebih dahulu supaya perbualan kita adalah senada. Pemahaman ini penting kerana kita secara otomatik akan menggunakan perkataan yang betul didalam melancarkan perbualan atau perbincangan diantara para blogger yang ada di luar sana.

Blog adalah gabungan dua perkataan iaitu web dan log (Weblog). Manakala takrifan/definisi blog ialah laman web yang dihasilkan oleh pengguna dimana penulisan atau pengisiannya dibuat didalam bentuk jurnal. Blog biasanya menyediakan berita atau ulasan/kupasan terhadap sesuatu perkara/subjek seperti berita tempatan, politik, ekonomi, sains, teknologi dan lain-lain.

Blogger adalah pemilik yang menjaga, menulis dan mengemaskini blog tersebut.

Manakala blogging adalah perbuatan atau aktiviti menulis kedalam blog sendiri atau orang lain. Secara mudahnya, blogging ialah menulis tentang sesuatu didalam blog seseorang.

Secara analoginya, anda sentiasa menulis aktiviti harian kedalam diari. Anda adalah pemilik diari tersebut iaitu blogger. Diari adalah tempat anda menulis iaitu blog dan aktiviti anda menulis kedalam diari tersebut adalah blogging.