Google

27 Mar 2007

Blog - Kebaikan/Faedah kepada anda

Kebaikan/Faedah mempunyai Blog adalah terlalu banyak tanpa boleh dibilang dengan jari. Diantara kebaikan/faedah dengan melakukan aktiviti blogging ialah:
Blog semakin popular seperti laman web
Blog membantu anda meluahkan pendapat
Blog memudahkan penghantaran email kepada ahli
Blog membenarkan anda menulis pendapat dengan cepat
Blog membenarkan perhubungan dengan prospek anda
Blog membantu menyampaikan ilmu kepada pengguna
Blog menolong orang awam melihat apa yang anda fikirkan
Blog boleh dilihat oleh sesiapa pun
Blog memaparkan kepakaran anda dan akan diulang lawat
Blog meningkatkan pendedahan anda ke dunia luar
Blog membantu orang awam yang memerlukan maklumat
Blog membantu penjualan produk dan perkhidmatan anda
Blog amat mudah ditulis dan dikemaskini berbanding laman web
Blog tidak memerlukan kepakaran khas melainkan membaca dan menaip
Blog adalah percuma dan mudah dimulakan
Blog meningkatkan kedudukan enjin carian laman web anda
Blog membenarkan orang awam memberi ulasan

‘Ilmu Dikongsi Bersama’

Blog, blogger dan blogging?

Sebelum kita pergi jauh ke dalam dunia blog, takrifan blog, blogger dan blogging perlulah difahami terlebih dahulu supaya perbualan kita adalah senada. Pemahaman ini penting kerana kita secara otomatik akan menggunakan perkataan yang betul didalam melancarkan perbualan atau perbincangan diantara para blogger yang ada di luar sana.

Blog adalah gabungan dua perkataan iaitu web dan log (Weblog). Manakala takrifan/definisi blog ialah laman web yang dihasilkan oleh pengguna dimana penulisan atau pengisiannya dibuat didalam bentuk jurnal. Blog biasanya menyediakan berita atau ulasan/kupasan terhadap sesuatu perkara/subjek seperti berita tempatan, politik, ekonomi, sains, teknologi dan lain-lain.

Blogger adalah pemilik yang menjaga, menulis dan mengemaskini blog tersebut.

Manakala blogging adalah perbuatan atau aktiviti menulis kedalam blog sendiri atau orang lain. Secara mudahnya, blogging ialah menulis tentang sesuatu didalam blog seseorang.

Secara analoginya, anda sentiasa menulis aktiviti harian kedalam diari. Anda adalah pemilik diari tersebut iaitu blogger. Diari adalah tempat anda menulis iaitu blog dan aktiviti anda menulis kedalam diari tersebut adalah blogging.