Google

21 Jan 2008

Memilih produk untuk jualan di internet?

Satu-satunya soalan cepumas yang sentiasa membelenggu anda ialah ‘Apakah yang patut saya jual di internet?’ Jawapan sebenar bergantung kepada setiap individu dan bagaimana beliau hendak menjualnya. Dengan perkatan lain, soalan yang tepat ialah ‘Apakah produk yang saya begitu selesa untuk menjualnya di internet?

Terdapat 3 kaedah untuk menjual produk di internet. Mari kita lihat apakah kebaikan dan keburukan setiap kaedah yang disarankan.

Kaedah Pertama: Beli Borong dan Jual Runcit

Kaedah ini merupakan sejarah kehidupan manusia. Tetapkan produk niche anda, dapatkan pemborong, bina perniagaan internet, iklankan produk dan urus penghantaran kepada pelanggan anda.

Kebaikan:

1. Anda mengawal sepenuhnya keatas proses penjualan dan penghantaran. Anda menentukan berapakah kadar keuntungan terhadap produk tersebut. Anda juga mengawal penghantaran produk kepada pelanggan walaupun mereka berada di luar negara.

2. Anda boleh memilih pemborong yang menawarkan produk dengan harga murah.

3. Anda juga boleh mencadangkan produk lain semasa pelanggan membuat pesanan.

Kelemahan:

1. Anda akan dibantutkan dengan urusan penghantaran produk pada setiap masa.

2. Anda perlu membayar barangan yang dibeli secara borong dan menyediakan tempat simpanan di rumah.

3. Anda terpaksa membuat promosi secara aktif kerana persaingan luar yang menjual produk tersebut.

Kaedah Kedua: Produk Cadangan untuk Komisen.

Kaedah ini dipanggil Affiliate Marketing. Anda mencadangkan produk kepada seseorang dengan menggunakan affiliate link. Apabila tetamu klik pada affiliate link, mereka akan dibawa kepada laman produk tersebut. Sekiranya berlaku penjualan, anda akan mendapat komisen.

Kadar komisen boleh bermula dari 5% hingga 50%. Pemasaran affiliate boleh dilakukan terhadap produk fizikal, perkhidmatan, ebook dan apa-apa sahaja.

Kuncinya, pilih tuanpunya produk yang sedia berkongsi peratus penjualan dengan anda sebagai sukarela yang sanggup menjual produk tersebut.

Kebaikan:

1. Anda tidak perlu pening memikirkan tentang penghantaran produk. Semuanya akan diuruskan oleh tuanpunya produk. Malah laman web anda juga akan disediakan oleh tuanpunya produk.

2. Anda tidak perlu menyediakan tempat menyimpan produk.

3. Komisen yang diperolehi adalah tepat tanpa adanya pemotongan.

Kelemahan:

1. Sekiranya terdapat ramai ahli affiliate, anda juga akan menjual produk yang sama. Anda terpaksa membuat promosi secara aktif jika mahu produk tersebut terjual. Anda tidak boleh berdiam diri dengan hanya meletakkan affiliate link jika ingin membuat jualan.

2. Anda tidak mempunyai kawalan harga terhadap produk, keberkesanan penjualan oleh laman web atau penghantaran produk.

3. Walaupun tuanpunya produk bersifat jujur dan mahukan ahli affiliate merasa gembira, anda masih tidak mempunyai kuasa keatas jangkamasa pembayaran komisen.

Kaedah Ketiga: Bina Produk Sendiri.

Kaedah ini merupakan perniagaan internet masakini. Selepas sahaja anda membina perniagaan internet, membina produk sendiri merupakan satu kepuasan dimana anda menjual produk tulen tanpa adanya persaingan.

Kebaikan:

1. Anda mempunyai kawalan sepenuhnya keatas proses penjualan dan penghantaran. Anda juga boleh menentukan harga dan menghapuskan kos penghantaran dengan membina produk yang boleh dimuat turun dari internet.

2. Anda akan mendapat kepuasan sebenar. Ditambah pula dengan status PAKAR!

3. Anda boleh mencari dan memenuhi keperluan semasa. Membina produk sendiri memberi anda ruang untuk memenuhi keperluan niche.

4. Tiada persaingan terhadap produk anda. Andalah satu-satunya yang menjual produk tersebut sehinggalah anda membenarkan orang lain menjualnya. Anda masih mengawal sepenuhnya walaupun kebenaran kepada ahli affiliate telah diberi untuk menjual produk anda.

Kelemahan:

1. Anda mungkin akan membazirkan masa dan wang jika anda tidak menyelidiki keperluan produk niche.

2. Anda mesti mencari pelanggan baru pada setiap masa.

3. Anda juga memerlukan orang lain untuk urusan promosi produk tersebut.

Nampaknya 3 kaedah untuk menjual produk anda di internet telah pun dijelaskan di atas. Saya berharap anda analisa akan kebaikan dan keburukan setiap kaedah dan buatlah keputusan yang bakal memberikan kepuasan kepada anda. Oh ya, jangan hanya statik kepada satu sahaja kerana sekiranya anda boleh melaksanakan kesemua kaedah yang disarankan, pastinya perniagaan internet anda akan kukuh dan pelbagai tanpa terganggu dengan perubahan ekonomi dunia. Selamat berjaya!