Google

23 Apr 2007

Siapakah Guru Internet Anda?

Ya betul. Siapakah guru internet anda? Siapakah yang menjadi pendorong dan sumber inspirasi anda didalam menempuh liku-liku perjalanan anda sebagai seorang blogger.

Jawapan anda dan saya pastinya berbeza. Kita ambil contoh di negara sendiri. Terdapat ramai anak-anak Malaysia yang telah berjaya mencipta nama sebaris dengan mereka yang berada diluar sana. Namun, saya lebih tertarik dengan guru-guru yang telah menghasilkan idea mereka didalam bahasa yang mudah difahami iaitu Bahasa Melayu. Mereka sebenarnya telah mencurahkan ilmu secara ikhas agar lebih ramai lagi anak Malaysia menuruti jejak mereka. Gaya persembahan yang berbeza juga dapat kita fahami bahawa mereka berada ditahap yang berbeza. Bukan tujuan untuk membandingkan tetapi lebih kepada siapa yang patut kita dahulukan berbekalkan ilmu yang kita ada.

Secara peribadinya, saya begitu asyik mengikuti perkembangan mereka ini didalam pembangunan ilmu internet dan sumber motivasi pada diri sendiri. Sekadar menyebut beberapa nama sahaja.

1. Mohd Zulfadli @ SmartZul
Beliau lebih berpengalaman didalam dunia blog. Ilmu yang dicurahkan amat sesuai kepada mereka yang baru berjinak dengan blog. Tanpa rasa kedekut, ilmu dicurah untuk dikongsi bersama berbekalkan pendidikan yang beliau ada. Penulisannya yang tidak memeningkan kepala membuatkan kita amat selesa dengan ideanya. Saya amat yakin anda akan mahir sekiranya perkembangan beliau dituruti dari mula anda berjinak dengan dunia internet.

2. SaifulSham
Dua pemuda yang handsome dan masih lagi menuntut bergabung tenaga untuk mencurahkan ilmu mereka melalui laman web. Bagi blogger yang betul-betul baru berjinak mungkin tidak berapa sesuai dengan persembahan mereka. Namun ilmu yang dicurahkan begitu meluas sehinggakan saya juga tidak berapa faham beberapa bahagian. Harapan saya supaya anda tidak demikian pula. Gabungan idea mereka amat berkesan dan boleh dijadikan contoh untuk berjaya ketahap yang tinggi lagi.

3. Irfan khairi
Nama yang tidak asing lagi didunia internet. Anak muda yang telah mencipta nama dengan buku terlarisnya untuk tatapan anak Malaysia. Curahan ilmunya begitu meluas untuk dikongsi sesama kita. Menjalankan urusan perniagaannya dari rumah dan kini telah melebarkan sayap dibidang penerbitan pula. Evolve.

Nama-nama inilah sebenarnya yang telah memberi sumber inspirasi dan cetusan motivasi kepada saya untuk terus bergiat didalam dunia blog. Tidak dinafikan juga mereka yang lain yang sanggup mencurahkan ilmu tanpa bayaran untuk tujuan yang sama samada didalam laman Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Semoga bilangan anak-anak Malaysia didunia internet semakin bertambah dimasa akan datang.

'Ilmu Dikongsi Bersama'